buat elliot wave

1 Komen
Esok raya..(mungkin)

Tapi hari ni aku duk ngadap chart.sebab banyak benda2 keperluan untuk raya aku dah ready.Ni baru terkial2 nak buat kiraan elliotwave hasil dari class yg aku attend dulu.hmm..dah nak sebulan..takda pencapaian yg membanggakan.hehehe..

bukan salah class tu.cuma aku nih yang malas nak pratikan apa yg di ajar.oklah..nih aku buat plan2. nak tengok ke?hehheh takyalah buat malu je..

eh nak gak tengok?oklah nih aku tunjuk lah..tapi tak complete la..nih pun tiru dari sifu tu.kena pahamkan wave tu dulu..pening gak..tapi aku percayalah..memula je pening..bagi hantuk kepala.lama2 ok la..dulu masa baru nak main met4 platform ni..nak masukan indicator dlm chart yg di donload dari forum makan masa sehari.nak nangis pon ada.ahhahahha...apa lah bengap sangat aku ni.tapi takpalah aku emmang mcm tu..kena bagi stress skit..baru lah berjaya..ahhahah

USD1K lost in one night.

2 Komen
Salam..

Betul..tajuk tu memang aku pernah lost usd1k dalam satu malam je.rm3700 tu..

Money management yang hancus! bila tengok floating beratus usd mula gelabah.padahal baru berapa pip je.sebab tak jaga mm lah kelamkabut.

aku ingt aku dah tahu banyak pasal fx rupanya walaupun aku kenal fx nih dah lama tapi masih belum paham asam garam fx ni.

aku tak malu nak tunjuk ss ni..buat peringatan untuk aku dan nkorang semua.

Bangkit kembali lagi

0 Komen

salam sahabat.

aku akui yang aku banyak kali lost.beribu usd aku lost

.tradekan kawan pun masih lost(walaupun berbaki lagi).aku hilang punca.masa depan di dalam forex yang gelap.di bahu terpikul beban yg perit nak di tanggung.tanda tanya apakah forex boleh menghasilkan sedikit wang untuk ku?

aku nekad.aku attend kursus.tekad ku jika kembali dari kursus jika tiada perubahan.terpaksa aku letakkan nokhtah dalam forex.

selepas balik kursus ni..banyak kesilapan yg aku sedari.aku mula menemui punca untuk aku tujui.Ya Allah!pimpinkan lah aku di jalan yg lurus.elakan aku tersasar kembali.amin.

p/s:aku attend class jebatfx

Bangkit lagi.

0 Komen

Aku lost lagi hari ni.Kena SO.Tapi ada satu benda dalam diri aku kata aku kena bangkit lagi.Wah gila apa aku ni.dah lost beribu pon masih degil.

Tapi aku ingt satu apa kata sifu aku..sebab aku selalu lost dia kata aku kena win pulak kali ni.hahaha..tu yg naik balik semangat tu.

Kali ni aku akan guna teknik trendline pula.makan besar2 je.tak larat dah nak op banyak2 tp sikit2.

Bukan tak boleh teknik tu tapi modal yang ada ciput dan susah aku nak kawal margin.

Isnin yang indah.

0 Komen

Itulah tajuk yang aku pilih.Ikutkan memang ramai aku sendiri juga menyampah hari ISNIN ni.

Ya la kan semalam hari ahad sudah seronok tidak bekerja tapi bila hari ni pulak kena kerja kan?aku keje petang hari ni.hehehe

Sebab seronok ialah bila buka acc trading dekstop aku dah ada peningkatan hasil dari floating yg lepas.Jumlah terkumpul ialah usd133.Tapi nak bagitau la ni tak aku tak dapat pastikan kesahihannya sebab nak bukak acc trading di meta4 tak boleh sebab no pass ada di laptop isteriku yang dah pun pergi mengajar.huwaaa...sekali aku call tadi nak minta password tu dia sedang perhimpunan pulak..adeisshh..Tapi tak pa, aku kena lah belajar bersabar.sebab tak sabar lah aku lost tempoh hari.:(

Ok sesiapa yang mengikuti blog hamba yang tak seberapa ni.boleh la lihat keputusan trading hamba di sebelah.

Permulaan yang baik.

0 Komen

Semalam aku masuk market.mengunakan teknik mp2009 yg di asaskan oleh sifu wha928.Allhamdullillah menjadi.Tapi terlalu awal nak aku letakkan screen shoot.tengok minggu depan macamana.

Sebenarnya aku dah cuba teknik ni dalam acc demo,dan boleh double acc dalam seminggu je.Entah kenapa bila live aku tak praktikan apa yg aku buat sebelum ni.

So aku sekarang masih dalam mood trauma.pada aku ni bagus kerana apa?aku lebih berhati2 dalam market.

Tak melawan dengan market bila lost.Dan aku dah pandai sikit untuk jaga margin.

Bangkit kembali

0 Komen

Salam..

Dengan lafaz Bissmillahirahmanirahhim aku buka blog ni seiring dengan semangat baru selepas kejatuhan.Iaitu acc fx sebelum ini telah terkena mc usd1k.Memang perit kurasakan.Tapi perjuangan harus diteruskan demi kehidupan seterus.Untuk masa depan ku dan keluarga ku.

So modal sekarang usd110.

Broker ikofx.Broker yang sama acc yg mc.Agar aku teringat akan pengajaran atas kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan.

Ya ALLAH...tabahkan hati ku melalui ranjau ini...Amin.